THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 14, 2012

Yakin dengan Janji Allah


'bukan sy tak nak terima awk balik... 

tp ALLAH kurniakan sy dgn skeping hati je.. 

dan sy hnye ade sekeping hati tu je dlm bdn sy'. 

dan dia mnjwab...bg la hati tu pd sy... 

sy akan jaga hati tu sebaik mungkin lepas ni.. 

lalu sy mnjwab nya semula... 

'mcmne sy nak bg hati tu pada awk? kan dlu sy prnh bg. 

pd awk,, bukan separuh..tp spnuh hati sy pd awk.. 


tp awk dah pon pulangkan hati tu pd sy blik...tp syg nye. 

hati sy yg awk pulgkn tu dlm keadaan hncur...dan dia mnjwb lagi:

'saya janji akn cantumkan smula hati2 awk yg hncur tu dgn cinta yg.

sy ade yg hnya utk awk sorang...kata2 trakhir yg sy berikan:

walau awk brjye cntumkn hati2 tu awk la yg paling hebat!

tapi pd sy... ssuatu yg tlh hncur... dan ia diperbaiki smula.

ia tak akan same sprti yg dulu...same sprti hati sy... 

ia akan ttp hncur..ttp ada kesan walaupon pada. 

luarannya kelihatan sempurna...




Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Telah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..


Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbing keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..


Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain.. Yakin dengan janji Allah & janji Allah itu pasti..Kalau ada jodoh, xkemana..kan?  =)

Ukhti : saya tidak layak untuk awak.

Akhi : Kenapa?


Ukhti : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…


Akhi : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?


Ukhti: awak pintar, awak ada banyak peminat.


Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.


Ukhti : saya juga tidak dalam ilmu agama.


Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.


Ukhti : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…


Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.


Ukhti : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.


Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.


Ukhti : Awak terlalu sempurna.


Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.


Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.


Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?


Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.


Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?  Wallahualam  ^_^